بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
"Masjid Di Dunia, Istana Di Akhirat "
Dalam satu hadis, Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga”
(HR. Ibnu Majah, no.738)

Assalamualaikum w.b.t tuan puan yang dirahmati Allah S.W.T,
Gunung Lang ialah salah satu kawasan perumahan di Mukim Hulu Kinta dibawah Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan dan berada di dalam kariah Masjid Al-Aulia Gurap.
Namun, kepesatan pembangunan di sekitar kawasan Gunung Lang telah menyebabkan penambahan yang ketara bilangan jemaah.
Pada tahun 2005, surau sementara telah disediakan dengan kerjasama KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) dengan menggunakan salah satu rumah teres kakitangan KTMB yang dapat menampung jemaah sekitar 20 orang dalam satu masa, dan diberi nama Surau Ar-Raudah.
Alhamdulillah.. Surau ini dapat menampung jemaah seramai 40 hingga 60 orang dalam satu-satu masa dengan keadaan yang kurang selesa. Dalam masa yang sama, masjid-masjid yang sedia ada di sekitar kawasan ini dilihat sudah tidak mampu menampung pertambahan bilangan jemaah ini.
Menyedari masalah yang bakal timbul sekiranya tidak ada usaha dibuat bagi menanganinya, maka cadangan pembinaan Masjid Riyadhus Solihin ini telah dikemukakan.
Oleh itu, kami ingin menjemput tuan puan yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan buat menampung dana wakaf pembinaan Masjid Riyadhus Solihin ini.
Sebaik sahaja permohonan untuk membina sebuah masjid yang baru diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Perak melalui surat bertarikh 28 Februari 2023, satu mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 24 Mac 2023 bertempat di Surau Ar Raudah, Kuarters KTMB Desa Lang Indah.
Status tapak masjid adalah sepertimana pelan Pinta Ukur keseluruhan pembangunan Gunung Lang. Tapak ini telah diwartakan sebagai tapak masjid atas nama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak seperti dinyatakan di dalam salinan surat dari Pejabat Tanah Daerah Kecil Ipoh, rujuk surat Bil. PTK(1)No1/2-183 bertarikh 11 April 2022.
Kelulusan untuk membina masjid baharu juga telah diperolehi daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) ruj. Surat : bil (130) dlm JAIPK/PBM/10/30 bertarikh 28 Februari 2023.
Lokasi tapak cadangan Masjid Riyadhus Solihin ini sebenarnya telah dirizabkan oleh pihak pemaju. Sepertimana yang telah dinyatakan di dalam pelan kepada Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Bandaraya Ipoh.
Pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah mengesahkan kepada Majlis Agama Islam Perak bahawa lot-lot tanah tersebut iaitu PT 250289, PT 250298 dan PT 234801 telah digazetkan sebagai tapak masjid untuk kegunaan masyarakat Islam setempat.
Jawatankuasa Penaja Masjid Riyadhus Solihin telah mencadangkan agar Bangunan Utama Masjid Riyadhus
Solihin ini akan direka dengan mengambil kira aspek tradisional dan nusantara yang mempunyai 2 komponen utama iaitu :-
• Kompleks masjid utama
•Bangunan-bangunan sokongan
Masjid Riyadhus Solihin dicadangkan perlu berkonsep untuk dijadikan sebagai Pusat Aktiviti Sosial bagi menampung keperluan penduduk seperti :-
•Urusan ibadat jemaah
•Urusan pengajian agama
•Urusan pengurusan jenazah
•Majlis perkahwinan
•Aktiviti seminar / mesyuarat
•Ruang perniagaan
Jumlah ini agak besar, namun amat diperlukan memandangkan masjid-masjid lain yang jauh juga tidak dapat menampung jemaah dari penduduk disekitar ini.
Oleh itu kami amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi membantu kami membina Masjid Riyadhus Solihin ini.
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa”.
Tujuan utama dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos pembinaan Masjid Riyadhus Solihin yang dianggarkan sebanyak RM6.5 juta.
Anggaran kos ini mengambil kira kos pembinaan bangunan masjid lengkap dengan pemasangan Elektrik & Mekanikal, hiasan dalaman serta kerjakerja disekitar bangunan.
Selain itu ianya termasuk juga kos perkhidmatan perunding, dokumentasi, kerja ukur/UDM, siasatan tanah dan bayaran fee sambungan utiliti yang berkenaan.
Jumlah ini agak besar, namun amat diperlukan memandangkan masjid-masjid lain yang jauh juga tidak dapat menampung jemaah dari penduduk disekitar ini.
Oleh itu kami amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi membantu kami membina Masjid Riyadhus Solihin ini.
Jom kita turut serta untuk berwakaf dalam pembinaan masjid ini.
Kelebihan Infaq Harta Di Jalan Allah
Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah wakaf, lalu menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu kaedah untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya selain memberikan ganjaran pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah:-
Firman Allah S.W.T:
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Maksud: “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.”[Surah Al-Baqarah: 261]
Antara hikmah dalam ibadah wakaf adalah:
• Sebagai langkah mendekatkan diri dan menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T
• Mendapat pahala yang berterusan walaupun si pewakaf telah lama meniggal dunia
• Dapat bersama-sama mengukuhkan perpaduan ummah
• Membantu meningkatkan ekonomi ummah
• Berkongsi manfaat dikalangan mmat Islam dalam menyemarakkan syiar Islam
• Secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset Umat Islam
Jumlah ini agak besar, namun amat diperlukan memandangkan masjid-masjid lain yang jauh juga tidak dapat menampung jemaah dari penduduk disekitar ini.
Oleh itu kami amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi membantu kami membina Masjid Riyadhus Solihin ini.
Jom kita turut serta untuk berwakaf dalam pembinaan masjid ini.
“Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas karana ALLAH, melainkan ALLAH akan menggantinya dengan berlipat ganda”
-HR.Muslim-
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.
LANGKAH-LANGKAH MENYUMBANG
Cara 1:
Cara 2:
Bank in menggunakan payment gateway:
Untuk bank in secara online melalui payment gateway, tekan butang dibawah.
Kemudian isikan butiran anda dan pilih bank yang anda mahu gunakan untuk transaksi.
Pilih amoun yang anda ingin wakaf atau pilih butang “other” untuk amoun yang anda inginkan.
P/S : Sekiranya anda menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) ini akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah gunakan bagi memudahkan beri sumbangan waqaf secara dalam talian (online). Duit sumbangan tersebut tetap akan terima oleh pihak Masjid Riyadhus Solihin ini.
Rujukan Kelulusan Kutipan: MAIPK/05-PD-520M | Designed by Alfalah Web Designer